Tuesday, August 3, 2010

Puisi~ Luahan hati seorang Muslimah yg d tinggalkan bintang Hati yg sgt d sayangi~

Kiniku tinggal sendiri,
Ditinggalkan bersama kenangan mu,
Betapa payanhnya aku menempuh sendiri,
Tiada dirimu disisi.....

Melihat dirimu bersamanya,
Membuat aku tidak keruan,
Tapi aku cuba kuatkan diri,
Mengingati dia lebih sakit dariku.....

Kini aku tipu diriku sendiri,
Menipu bahawa aku tidak mencintaimu,
Aku tidak menyayangimu,
Dengan membuangmu jauh dariku....

Tapi aku tidak mampu,
Membuangmu seperti aku membuang jantungku...

Aku sibukkan diri dengan aktiviti,
Tapi kau ku ingati setiap saat,
Apa yang aku perlu buat,
Dirimu bagiku sangat berharga....

Diriku bgmu tidak bererti,
Tapi bagiku dirimu sgt bererti,
Apakan daya,
Aku cuba utk memliki mu,
Tapi Allah lebih mengetahui....

Bintang hatiku,
Kini jauh meniggalkan aku,
Kini aku sendiri,
Cuba melupakan mu,
Tetapi pintu hatiku tlh tertutup rapi,
Buat dirimu....

Aku cuba muhasabah diri,
Cinta Illahi adalah yang terbaik,
Ulama pun berkata,
Cinta sebelum kawen adlh haram,
Aku ingin cinta aku berlandaskan syariat Islam,
Maka aku kuatkan diri,
Dengan cuba menyintaimu berdasarkan cinta utk mendapat keredhaan Illahi....

Mudah-mudahan kita menjadi org terbaik,
Dunia dan Akhirat...

Buat masa ni,
Biarlah Cinta Allah yg ku cari,
Kalau benar kau jodoh ku,
Allah tetap pertemukan kita kembali,
Tetapi sekiranya tidak,
Aku cuba pasrah,
Pasrah, pasrah,
Dan Pasrah....

Mungkin Allah pertemukan aku dengan kau,
Utk mengajar erti setia,sayang,
cinta,kehidupan,
keredhaan....

Ya Allah, aku bkn insan yg kuat,
Aku insan yang sebenarnya rapuh,
Tapi bimbinglah aku,
Kerna kau tetap setia bersama ku,
Ketika aku senang dan susah,
ketika aku lalai dan leka....

Kau tetap menyambut diriku dtg,
Dengan penuh kasih dan syg,
Kau tidak biarkan aku hanyut dgn cinta dunia,
Cinta yg penuh tipu helah...


Nota: God's love is enough for me ..... Able to give me strength, smiles and happiness....=)

No comments: