Wednesday, December 30, 2009

Borink + jiwang.......

Ari ni, pas abis klas bi..Aku g tggu kat bwh blok uu..Tggu r kwn aku ni..Nak g cafe sma2..Tggu pnya tunggu x turun2..Apa lg, aku dah panas hati..G cafe sorang2...Aku gtau je kwn aku yg aku dah smpi blik..Padahal bru nak otw plg..Malas pnya psl kan..

Huh borink gla aku kat blik ni..Dah lah sorang jak..Tp x pe r, best gak..x de org nak komplen2 klu aku pasang lagu kuat2..x lah kuat sgt..Ermm..Mlm ni ada kelas..Terpaksa p..Mana x, awl2 ni dah kna suru wat group tuk presentation..

Sepanjang ari ni aku on9 je..x tau nak wat pa..Tp smabil2 tu aku cek arga tiket kapal r..Nak list duit yg nak gna..kna save bajet sem ni..Mahal sgt..Duit pt pun x cukup..Ish3x..Susah gak ni..

Aku dah cek jadual preksa..Dan anggar2 aku abis preksa 3/5/2010 tp aku plg 4/5/2010...Abis cuti sem 2 10/7/2010 tp aku nak plg 13/7/2010 lah...Sbb aku x nak bertembung ngan bdak2 orentasi..

Hati aku skang dah t'tutup utk insan yg bergelar lelaki..Ini semua kerna seorg insan yg mmg aku syg tp sgt menyakiti aku sehingga aku x nak ingatkan dirinya walaupun hati ini berkata..Aku syg sgt kpd mu..Tp apakan daya..Ni semua takdir aku..

cinta itu suatu pengorbanan..Dlm percintaan mesti ada pengorbanan..Aku telah wat satu pengorbanan utk kebaikan dirimu..Tp mungkin juga aku seorang yang ego..D sbbkan keegoaan kta berdua maka terjadilah perpisahan yg x d jangka..Mungkin suatu ari, kau bukan lah lelaki yang aku cintai tp hnya lelaki yg bergelar teman shja..

Mmg sekarang hati aku tertutup utk seorang lelaki..Mungkin kerna cinta ku terhadap mu mmg tulus ikhlas..Selama aku hidup, aku x perna cinta dgn seorg llki sprt kau wahai cinta ku..Sekarang telah berakhir..Dan aku harap kta tetap berkawan.Cuma buat masa sekarang aku x ble berjumpa, berckp @ sms kau..

Sbb aku x mo membuka hatiku utk kau lg..Tggulah sehingga aku btul2 bersedia..Bru lah aku akan kol @ sms kepasa kau..Untuk memohon kemaafan..

Tuesday, December 29, 2009

keputusan

Aku dah wat keputusan x nak ingat dy lg...Dan aku x kan bermimpi bersuamikan dy...Apa gna aku syg kat dy klu dy langsung x menghargai..So i made decision dat i will forget about him..Aku dah padam no fon dy, remove dy dr jd kwn aku..Anything yg m'buat aku connect with him, aku try 2 cut it..Bkn utk memutuskan silaturrahim....Tp aku wat smua ni, agar aku bisa melupakannya..Cinta yg tulus dan ikhlas mmg perit utk d lupakan..But i hav 2...Mbe i and he suitable be a fren only...I hope ari2 mendatang, perasan aku t'hdp dy hanya sprt kwn biasa sja...Misal lah suatu hari dy dtg, ingin kan kepastian...Minta maaf lah hati aku dah t'tutup wat kau selamanya..Selama ni aku try utk pertahankan cinta aku t'hdp kau..Tp apa ko wat, kau makin menghancurkan perasan aku..Jd apa guna utk mengingati org sprt kau yg x tau menghargai cinta...M'beri kata2 manis sehingga aku terjerat dgn kata2 kau itu..So de conclusion is ble jalan lah..

Thursday, December 17, 2009

Geram...

Dy ingat aku ni apa...Suka suke, mo kasi luah ka..Aku ni pompuan..Pas tu ugut2..ko ingat ko sepa mo ugut2 aku..Aku mmg terkilan ngan ko..Aku x ska btul...Aku dah ckp len kli lah..Ko sndiri ckp kat aku yg ko tu ini lah itu lah..Apa kes..Skang nak paksa aku..Ckp x pikir sndiri..Ko x pena pikir pun...Slama ni cam na ko layan aku..Aku ni pompuan ada maruah diri..Bole blah lah..Hati aku ni dah x tahan dgn sikap ko..Mo wat cam na..Dah mmg ALLAH takdirkan aku jatuh cinta ngan kau..Skang ni...Aku try lose cntc ngan ko..Aish..Ble blah lah..X pandai2 nak fhm..Fhm2 sndirilah..

Friday, December 11, 2009

keliru

Aku rasa seperti ingin teriak..Untuk mengakui bahawa aku cinta kau..Tp aku ego kerna aku takut aku hanya bertepuk sebelah tangan..Dan aku tidak mahu sakit kerna penolakan dr org yg aku cinta..Mungkin jln terbaik bg ku adlh merahsiakan dr mu bhwa aku mencintaimu..Aku x tau lagi..Tp aku mempunyai firasat bahawa suatu hari kau akan jadi milik sah aku..Kenapa begini..Apa agenda kau untuk membiarkan aku terkapai2 dlm persoalan yang aku sendiri samar tentang jawapannya...Kalau memang benar suatu ari kau jadi milikku, aku berdoa semoga cinta ini dasar kerna aku cinta pada ALLAH S.W.T..

Friday, November 13, 2009

Pengembaraan bermula...

Salam....Hari ni aku jalan kaki berpuluh-puluh km dlm masa 3 jam dr mydin smpi UDM tp x smpi r sbb pakcik van UDM tumpangkan ssb housemate aku siti nmpk aku jln kaki.. Aku ngan timah naik r van tu tp kan dah nak tggl suku agi smpi UDM.. Klu x naik van tu alamatnya smpi mlm lah jwbnye..Gla tu, lasak gak kami ni ye(puji diri sndiri, padahal kaki mcm dah nak tercabut..hahaha)..
Pastu ktorg 2 org femes(dgn nada bangga), smpi pakcik baiki jalan raya, baiki paip, org yg bwa kereta, tunggang motor smua nak ngurat(tipu je, tp pakcik yg baiki jln tu usha2 gak lah..hehe.. Gatal).. Pakcik baiki jln tu ckp r gni kat ktorg "nape x tepon abg?.. Abg ble hntr plg". ktaorg jwb "x pe r exercises"..
Pastu kat dpn agi jmpa pakcik baiki paip "hei dik jln kaki dr mane?".. Tp ktaorg time tu cegeng gla, smpi terjwb "x pe exercise".. bla fikir blik cam bangang pun ada gak.... Ktaorg melimpasi dua jambatan,lalu kat jambatan masjid kristal and jambatan sungai besar.. sblm smbung perjalanan ktorg, aku ngan timah singgah bli mknn sbb kwn aku kirim bli mknn.. Nsb bek kat terengganu ni mmg byk kdai mkn.. Pastu ktorg teruskan perjalanan ktorg lalu kat stadium runtuh, airport Pastu sempat lg dlm kepenatan ktaorg gaduh psl arah p UDM.. Kwn sy kata sblh kiri tp sy kata sblh kanan.. Last2 jmpa signboard, rupanya kwn sy r btul..Nsb baik ada signboard klu x.. Ktorg dah sesat..hehe..
Penat mmg penat tapi best r, merasai pengalaman jln kaki dlm masa 3 jam lbih kat ngri org yg x pena g sblm ni.. Nnti klu dah ada cucu cicit ble gak cete, bangga gak kat cucu2 aku..hahaha.. Padahal temberang tahap gaban..
Dalam perjalanan tu, aku sempat agi jln gna kaki x pki selipar tp kan smua org tgk..Aku jd malu, pastu jln raya dah lah panas..Terpaksa pki sandal aku blik.. Aku time tu rasa nape r x de org nak tumpang kan.. Kan bgus klu ada mamat nsome tumpangkan ktorg.. Satu habuk pun x da..huhu.. sedih siut..haha.. Gurau jak..
Time2 gni r pakwe mmg diperlukan tp yg pandai bwa kete n ada kete..Hahaha.. Tp kan nak wat cam na, dah nasib bdn.. Smpi2 kat UDM, x lg dpt rehat agi sbb g blok N pastu naik tgkat 4..Huhu.. Penat siut... Smpi2 blik, rehat jap pas tu mandi..Kaki dah x dpt rasa lantai..
Syukur alhamdulillah, smpi gak r kat bilik..Selamat..hehe.. Nnti plg sbh aku nak try r jln kaki dr kk g putatan(tembernag syak)..haha.. X sabar nak plg sabah, jmpa kwn2 nak g main bowling kat cp pastu tgk wayang kat 1b(one borneo).. Kwn aku bwa naik kete, nama dy sufi..hehe..

Tuesday, November 10, 2009

Luahan Hati..

Hati ini aku pernah terbuka utk dirimu walaupun aku x pernah luahkan kpd kau... Tp aku tau bhwa kau tau aku mencintai mu tp kau pura2 utk tidak mengerti sehingga menyebabkan aku telah mula tawar hati... Dan Mungkin aku bukan lah jodoh yang terbaik buat mu.. Pada minggu yang lalu, aku telah mengatakan pada diriku bahawa aku perlu melupakan dan melepaskan kau drpd membayangi diriku... Dan aku mengundurkan diri utk kebaikan dirimu dan kebaikan diriku sendiri.. Selama ini aku cuba utk melupakan mu tapi tidak berjaya sehingga ada seorang lelaki lain telah membuat aku melupakan mu sedikit demi sedikit.. Lelaki itu tidak mempunyai satu pun ciri2 lelaki idaman ku tp aku x tau apa yg membuat aku tertarik padanya.. Mungkin ALLAH ingin aku cuba melupakan mu kerana selama ini aku terasa sangat terseksa sehingga aku pernah menangis keranamu.. Tapi aku sedar, kenapa aku perlu menangis untuk seorang lelaki yang x pernah menghargai aku.. Jadi aku berdoa agar aku bisa lupakan kau.. Dan aku rasa sedikit demi sedikit aku berjaya melupakan kau dan rasa cinta aku terhadap mu mulai pudar.. Tapi sekiranya suatu hari kau datang padaku, mungkin aku tidak dpt menerima mu lagi tapi kalau ALLAH bukakan hati aku insyallah aku terima mu kembali tp memakan masa yang lama.. Wallahua'lam..

Monday, November 9, 2009

Muhasabah diri..

Salam.. Adakah setiap kli sebelum kta tdur, kta bermuhasabah diri???... Muhasabah diri, merupakan salah satu ubat hati.. Kta mengimbas kembali apa yg kta telah lakukan seharian, adakah kta ada menyakitkan hati saudara kta, melakukan kejahatan terhadap makhluk ALLAH @ kta telah melakukan penganayaian pada diri kta.. Maka kta muhasabah lah diri, sy jga mengingatkan pd diri sendiri, jadi marilah kta menuju ke jalan ALLAH dan jgn lah cuba larikan diri padahal kta telah brada di jln yg btul...Insyallah, apa yg kejahatan yg kta lakukan sengaja mahupun x sengaja kta memohon lah keampunan pada tuhan yg maha esa iaitu ALLAH S.W.T.. Wallahua'lam..

kisah 5 perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

AL-QURAN sebagai pembela di akhirat..

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Kehidupan

Salam..Hidup ini penuh dugaan.. Dugaan hati, nafsu dan mcm2 lagi lah..Inilah namanya hidup sebagai seorang hamba ALLAH... Apabila kita berhadapan dgn sesuatu benda yang berat, ingatlah bahawa kta dijadikan di dunia ini untuk beribadat kepada ALLAH dan yang paling utama sebagai Khalifah ALLAH, LAILAAILALLAH.. Hidup2, hidup itu umpama roda, sekejap kta berada di atas, dan sekejap lg kta berada di bawah.. Dan di dalam hidup seseorang telah di sediakan takdir baginya.. Dan takdir itu boleh di ubah dgn Doa..Doa merupakan Senjata bg org2 mukmin.. Rugilah bg org2 muslim yg x menghargai, kekuatan dan jga kelebihan yg diberi kpd mereka... Takdir itu lembut, ia boleh di ubah dengan doa yang ikhlas, ttpi apabila takdir itu ttp tdak berubah, ia telah bertukar menjadi qada' dan qadar.. Apa yg ALLAH tentukan dan jadikan di dunia ini, semuanya ada hikmah.. Dan kita renungkan sendiri dan muhasabah diri.. Sy pu manusia biasa yang masi lg bnyk ilmu yg perlu dipelajari slalu mengingatkn diri spaya tdak lalai dgn kehidupan di dunia ini.. Tapi jgn lah kta lupakan dunia dan mengejar akhirat sahaja kerana di dunia ini lah kta mencari bekalan yg akan kta bwa ke akhirat nnti.. ALLAH tidak memerlukan hambanya dan tidak merasa sedikit susah pun pabila hambanya malas untuk beribadat kepadanya kerana kita sebagai hamba ALLAH, kta yg sangat memerlukan ALLAH kerana tanpa keredhaan ALLAH S.W.T kta tdak bermakna terhadap kehidupan di dunia ini mahupun alam semesta yang ALLAH ciptakan ini... Jangan peduli apa yang orang katakan tentang diri kita walaupun sehingga tahap kita di benci oleh mereka kerana apabila manusia membenci kta, kta masih pnyai ALLAH menyanyangi kta.. Tetapi apabila ALLAH membenci kta, makhluk di dunia pun akan turut membenci.. Wallahua'lam..

10 Jenis solat yang tidak diterima ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Rasulullah dan pemgemis buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Kesabaran seorang perempuan yang dirasuk

Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, "Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"
Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"
Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."
Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar."

Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.

Tuesday, April 28, 2009

NASIHAT UNTUK WANITA

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.