Sunday, December 28, 2008

Malaikat
Malaikat di rumahmu Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.
SEKETUL KEJU DAN SEHELAI SAPU TANGAN KECIL

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi TV3
(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood:-



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.



"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"



Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.



"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."



Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.




Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.



"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?



Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada
fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.



Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.



Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama.



Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.



Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.



Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.



Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.



Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun.

INSYALLAH"
Rithah Al- Hamqa
Di antara rumah-rumah penduduk Makkah, terdapat sebuah rumah di kawasan Bani Makhzum. Salah seorang penghuninya adalah seorang gadis. Ia dilahirkan dan membesar di Makkah. Gadis itu bernama Rithah Al-Hamqa.
Setelah usianya mencecah remaja, hatinya mula terbuka untuk menjalani kehidupan seperti lazimnya para wanita, iaitu mempunyai suami dan anak-anak. Dia sering melamun dan mengkhayalkan perkahwinan. Ia tidak ingin menjadi anak dara tua.
“Ah, betapa bahagianya... Orang akan beramai-ramai menghantarkan aku menuju rumah calon suamiku...,” begitulah yang kerap terlintas dalam lamunannya.
Dengan tidak sabar Rithah menanti hari yang dibayangkannya penuh keindahan dan kenikmatan itu. Di saat fikirannya penuh dengan segala khayalan dan lamunan, ayahnya yang bernama Umar membangkitkan harapan yang hampir hilang dari hatinya.
Kata ayahnya:
“Rithah, puteriku... aku akan mengunjungi berhala-berhala kita. Akan kuberikan dirham yang banyak kepada pengawalnya, dan akan kulumuri kedua kakinya dengan darah kambing yang gemuk, agar dia menjadi senang kepadamu, kemudian mengirimkan dua orang pemuda yang terhormat kepada kita untuk meminangmu.”
Kata-kata itu membangkitkan harapan baru dalam hati Rithah. Hari demi hari pun berlalu.
Selama itu pula Rithah selalu berdiri di depan cermin memandang dirinya sambil terus bertanya-tanya:
“Mengapakah sampai hari ini tidak seorang pun datang meminangku? Mengapa? Padahal, ayahku, mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di tengah kaumnya, Bani Makhzum. Sedang aku sendiri... inilah wajahku, di sebalik kaca... Mengapa para pemuda tidak tergerak untuk mengahwiniku? Apakah aku kurang cantik?”
Soalan-solan itu selalu menghantui fikirannya. Hanya air mata yang mengalir dari kedua matanya, yang meringankan kesedihan dan beban yang dirasakannya.


Di saat bulan purnama
Tiba-tiba terdengar suara langkah yang berjalan mendekati biliknya. Dia segera mengusap air matanya. Orang yang datang itu ternyata ibunya sendiri. Selama ini pertemuannya dengan sang ibu sering kali justeru menambah kesedihan dan duka dalam hatinya. Ibunya mendekati Rithah. Dia menghulurkan tangan memeluk leher puterinya kemudian mendakapkannya ke atas pangkuan seraya berkata:
“ Tenanglah engkau, hai puteriku... seorang ahli nujum dari Thaif telah memberitahukan kepadaku bahawa kamu akan dibawa ke rumah pengantin pada saat bulan purnama.”
Rithah tersenyum. Di wajahnya terlukis harapan dan kegembiraan sekaligus, dan dia bertanya, “Benarkah apa yang ibu katakan itu?”
Ibunya menjawab, “Demi Tuhan, aku tidak memberitahukan kepadamu melainkan yang sebenarnya.”
Rithah menarik nafas, kemudian berkata, “Tetapi ibu tidak pergi bersamaku ke Thaif agar aku dapat bertemu dengan ahli nujum itu. Jangan-jangan ibu hanya bermaksud membangkitkan harapan dalam hatiku...”
Sambil mengusap wajah puterinya, sang ibu menjawab dengan meyakinkan agar puterinya merasa tenang dan percaya, “Aku telah menemuinya kelmarin di biaranya. Beberapa orang telah memikulnya untuk melakukan tawaf di Kaabah. Ketika selesai, dia merasa sangat haus, lalu pergi ke sumur zamzam untuk minum.
Ketika itulah aku cepat-cepat menyelipkan sekerat emas ke tangannya. Kutanyakan kepadanya tentang perkahwinanmu. Setelah mendongak ke langit dan mengamati bulan, dengan suaranya yang lemah ahli nujum itu berkata, “Perkahwinan akan terjadi di saat bulan purnama seperti ini!”
Belum selesai si ibu bercerita, wajah Rithah sudah berseri-seri penuh kebahagiaan. “Tuhan telah rela kepadaku. Tuhan akan mengirimkan orang yang akan mengahwiniku,” katanya dalam hati. Rithah berputar-putar dalam biliknya, menari penuh kegembiraan, sementara ibunya hairan melihat perbuatan puterinya itu. Tak lama, Rithah berhenti kemudian berkata, “Terima kasih, Tuhan, terima kasih...”
Tetapi, tepat disaat Rithah selesai mengucapkan terima kasihnya kepada Tuhan, dia mendengar ayahnya berkata, “Apakah yang terjadi, Rithah?”
Melihat itu ibunya cepat-cepat menuju ke pintu bilik dan berkata, “Rithah akan diiringkan ke rumah suaminya beberapa hari lagi!”
Kedua mata Umar merah dan kemarahan nampak jelas di wajahnya. Baginya, ucapan isterinya itu justeru merupakan serangan yang menyakitkan.
“Bagaimana mungkin Rithah akan diiringkan beberapa hari lagi tanpa dipinang dulu dariku?” katanya dengan nada keras.
Isterinya menjawab, “Tak apa-apa, wahai Umar!”
Mendengar jawapan itu, tiba-tiba Umar menampar isterinya hingga jatuh ke lantai. Melihat ibunya terjatuh, Rithah merasa seperti disambar petir yang menggelegar. Dia mendekati ibunya sambil menjerit, “Ibu, ibu...”
Masih dalam keadaan duduk sambil menahan rasa sakit, sang isteri berkata kepada suaminya, ”Apa yang engkau anggap salah itu, pada pendapatku, benar.”
Mendengar itu, semakin bertambahlah kemarahan Umar. Dia berkata, “Aku mengerti apa yang kamu katakan kepadanya. Kamu bermaksud membeli seorang suami untuk puteriku tanpa bermesyuarat denganku!”
Ucapan ayahnya itu menghunjam hati Rithah. Dia merasa seakan-akan hatinya ditusuk dengan sebuah pisau yang tajam. Hatinya resah, seolah-olah kehidupan telah tercabut dari dirinya. Di pihak lain, mendengar ucapan suaminya, dan melihat diri puterinya yang cemas, sang ibu menjadi bertambah bingung, tapi kemudian dia berkata, ”Suamiku, sesungguhnya apa yang aku katakan kepadamu sesuai dengan apa yang dikatakan kepadaku oleh seorang ahli nujum dari Thaif.”
Umar menarik nafasnya dalam-dalam dan berjalan ke arah puterinya yang tertekan perasaan sedih. Dia memeluk puterinya, dan berkata, “Tidak! Aku tidak percaya hal itu akan terjadi. Tidak, tidak!”
“Percayalah, hai anakku, ahli nujum Thaif itu tidak berdusta dan tidak mungkin salah!” ujar ibunya.
Demikianlah kedua orang tua itu bersahut-sahutan, hingga sedikit demi sedikit jiwanya yang sedang goncang dan bingung itu beransur tenang kembali.

TIGA PERTANYAAN???
Ada seorang pemuda yang telah lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan
orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah mampu menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya
saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai: Saya akan mencuba mengikut kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda(sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai: Itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan kesakitan.

Kiyai: Jadi, anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai: Tunjukan pada saya kewujudan sakit itu!
Pemuda: Saya tidak boleh.

Kiyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai: Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima
sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai: Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga daripada api,
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang mereka.












Disediakan oleh M_M
PRAY HARD, STUDY SMART AND HARD TOO
PERSATUAN AGAMA ISLAM SMSLD
Keluaran bulan.........................................

Friday, December 26, 2008

TERTAWA DI DUNIA, MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati.” Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya bergelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadis, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?
Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa
suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.
Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat digambarkankan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan
tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat
azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan
keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan
diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. "Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur.”
Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Kita sedia maklum, kuburlah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh
yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka.
Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi
dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah
(Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh “...jauhnya perjalanan...sedikitnya bekalan...” Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan
masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil
dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam hadis lain, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Barangsiapa banyak ketawa, nescaya meringankan oleh api neraka."
Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.
Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi
hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. Para sahabat pernah berkata:
"Ketawa segala nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."
RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN

Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang apabila bertemu
kawan-kawan / pakwe / makwe.Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan ketika
pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita,
tapi betapa bosannya apabila imam solat Tarawih
bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,
tapi majalah hiburan dan novel “best-seller” 100 halaman pun habis dilahap.
Orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,
dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang
supaya boleh cepat keluar.
Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk
majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita,
tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, “annual dinner”
atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
Kita begitu percaya pada e-mail layang di internet,
tapi kita sering mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling daripada arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Syirik merupakan dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak. Bukan hanya berdua-duaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi tidak pernah menutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak. Contohnya, mencuri, merompak, menggunakan harta anak yatim.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk daripada bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
DISEBALIK APRIL FOOL

Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya 'pandang kebaratan' menjadi begitu sibuk sekali.
Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa
untuk dipermain-mainkan.
Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka
ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.

Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa
mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari,
kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.
Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca
tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1 April ini.
Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan
“Aku ceraikan kau dengan talak 3”
pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila
si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan “April Fool!”.
Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila
diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool Day ini, adalah
dipercayai bahawa perayaan tersebut mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol,
kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung
di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh
berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama
barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan
kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk
melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan
membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun
bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa
ini turut meraikan April Fool Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
YANG ANEH2

Assalamualaikum..

ANEH! Begitu kata kawan saya Abdullah Komurcu yang sudah berada di Malaysia dalam setahun. Yang aneh-aneh terlalu banyak di Malaysia, tambahnya lagi. Beliau merujuk kepada banyak perkara yang sebetulnya membingungkan, itu kata beliau. Juga kata hati saya, tetapi kerana ia terlalu lazim di Malaysia maka ia tidak lagi jadi membingungkan meskipun ia adalah sebetulnya sesuatu yang amat mengelirukan. Jika kita kata ini sesuatu yang mengelirukan kita pula yang dituduh keliru. Maaf artikel ini lebih mengata pembaca beragama Islam. Ini bulan raya, lagi pun agama itu nasihat.

Contoh? Begini. Kawan saya itu merujuk berita seorang artis menunaikan umrah kemudian pulang masih menyanyi, masih mengenakan pakaian seksi dan macam-macam lagilah. Bila orang tanya dia balas semula dengan jawapan, ini antara saya dengan Allah. Eh-eh bukan di dalam Islam antara Allah dengan kita ada kaitan dengan lain-lain manusia juga?

Kemudian kata sahabat saya itu, lebih aneh dia melihat remaja atau gadis bertudung kemudian mengenakan t-shirt lengan pendek. Di mana konsep menutup auratnya? Atau di sekolah bertudung labuh kemudian pulang sekolah tidak sabar-sabar lagi menayangkan rambut merah blonde yang baru diwarnakan.

Atau, contoh lain, gadis bertudung kelihatan sopan, menegurnya di dalam tren dengan penuh manja dan menawarkan saya boleh bawa pergi jalan-jalan di Genting. Bila saya tiba dan sergah gadis itu kerana perangai buruknya, dia marah pula pada saya. I just want to be friendly.

Eh-eh ini Malaysiakah? Bukankah ini negara Islam? Atau bukankah Turki yang sepatutnya lebih teruk kerana mereka dilanda fahaman sekularisme lebih awal dari kita? Sahabat saya itu jadi lebih terkejut kerbau melihat ada artis wanita bertudung sempurna kemudian menyanyi lagu seperti pop. Ini aneh. Katanya. Ini Islam cara Malaysia, kita berbangga kita terbuka. Tugas seorang teman saya, orang tempatan yang rasa bertanggungjawab mempertahankan Malaysia.

Dan apa pendirian saya? Kenapa mempertahankan dan melindungi perkara yang nyata salah?

Pengalaman saya di Turki yang paling besar ialah menyedari bahawa hak dan batil jelas dan ketara terpisah. Kalau sudah mungkar takkan bercampur dengan makruf. Tak mungkin bertemu. Tutup aurat cara separuh seperti yang diamalkan di Malaysia bukan kebiasaan di Turki dan bukan kebiasaan wanita dengan penuh mesra menawarkan mahu bersiar-siar bersama. Tak terjadi wanita bertudung bujang keluar berjalan iseng-iseng dengan teman lelaki meskipun di dalam kumpulan. Tak ada lagu pop dengan lirik Islami. Atau tak mungkin artis pop seperti Guben Ergen atau Emre Altug menunaikan umrah kemudian hebohkan pada semua peminat dan media, baru pulang dari umrah dan hati sudah tenang asyik teringat kaabah tetapi tetap melalak sampai nampak anak tekak dan tetap tayang pusat.

Eleh biasalah. Kolot betul Faisal Tehrani ini sejak dua tiga bulan inikan. Ikut ajaran sesatlah agaknya si Faisal sekarang.

Eh-eh apa dah jadi dengan budak-budak kita?

Eh-eh, macam tak sedarkah ini berlaku selama ini?

Jadi perlukah kita terkejut jika ada daging bab* bercampur dengan daging ayam di stor simpanan daging sebelum di jual ke pusat membeli belah lalu ditag dengan tanda HALAL? Perlukah kita terperanjat di kedai 24 jam air soya di rak bawah, beer atau arak di rak atas? Sedangkan di kaunter bank kita di sebelah ialah kaunter muamalah di sebelah ialah kaunter kewangan cara sekular. Kitakan rayakan Krismas dan hari raya sama-sama. Apa salahnya. Baguslah orang Malaysia
terbuka.

Pokoknya halal dan haram bersatu.

Di Malaysia kita buat begitu! Kita bangga, kita kata ini Islam cara kita. Eh-eh Islam cara kita yang betul ke atau Islam cara yang disimpulkan di dalam al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi yang betul? Mana satu yang betul? Eh-eh kita keliru ke? Takkan kita keliru? Ini telah diamalkan sekian lama. Dia orang Turki, dia yang tak tahu, dia yang lagi keliru.

Eh-eh anehnya kita di dalam dunia yang kita tidak tahu mana satu makruf mana satu mungkar dan noda. Kerana itulah saya pernah terperanjat besar bila seorang gadis bersolat dan berpuasa tapi duduk bersekedudukan dengan teman lelakinya berbangsa Iran. Bolehkah ini berlaku, eh-eh inikan Malaysia. Nak hairan apa!

Mashaallah seteruk itukah kita tidak nampak mana yang hak dan mana yang batil. Patutlah! Allah sudah tutup pintu hidayahkah untuk remaja kita? Atau Allah sudah gelapkan hati kita sebegitu busukkah hingga sudah tidak kenal lagi mana yang betul mana yang salah dan bila ia bercampur baur kita sangka itu lebih baik dan cool?

Bukankah di dalam sembahyang kita minta jalan lurus sahaja Ya Allah yang Kau tunjukkan pada kita. Jangan jalan lain. Jalan campur aduk pun tak mahu. Di mana duduknya kita? Teman-teman selalu bertanya, Kenapa saya begitu tergiur dengan Turki (negara orang) dan duduk di sana lama-lama. Jawapan saya, saya nampak mana yang betul mana yang salah. Hitam putih jelas terang. Dan saya tak perlu risau iman saya berkarat dimasuki unsur nifaq. Yang saya selalu minta dalam doa lepas sembahyang, Tuhan jangan jadikan saya orang munafik. Saya takut!
Itu yang membuatkan saya memandang lebih tinggi negara orang. Macam bagus sahaja Faisal sekarang.

Eh-eh nak jadi baik pun dipandang serong?

Saya sedih hati dan terlalu berduka dengan keadaan di Malaysia, keadaan yang menimpa remaja-remaja kita. Mana tidaknya kekeliruan
adalah kebenaran. Masalah kita di Malaysia bukan masalah ilmu.

Kita kreatif, bangsa Malaysia lebih kreatif dari bangsa-bangsa lain, saya sahkan ini setelah banyak mengembara. Mana ada masyarakat yang boleh menjadikan nasi putih kepada ratus macam nasi lain. Roti canai boleh diintikan nenas apatah lagi pisang. Itu baru perkara mudah-mudah kita sudah kreatif. Bakat kita sudah diterima dan diiktiraf.

Justeru apa masalah lagi, kita bagus dan lebih pandai apa? Kata Abdullah, sebelum ini jika dia lihat cawan dengan tulisan dibuntutnya Made In Malaysia dia akan beli berbanding cawan dengan tertera tulisan Made In Taiwan kerana Malaysia negara Islam, sekarang dia rasa sangsi.

Dia naik keliru. Islam apa begini? Kita Islam dengan hadharah, kita berilmu. Tentu, berilmu dan bijak serta berpengetahuan seperti masyarakat Malaysia mesti datang seiiring dengan adab dan akhlak. Masalah kita ialah masalah akhlak. Kalau tidak masakan tidak saya akan menganga mendengar cerita ada gadis remaja Melayu menggesel bahagian tubuhnya kepada teman saya di dalam LRT.

Come on Faisal, apa salahnya, budak perempuan itu mengaji khatam al-Quran apa! Dia tahu tajwid lebih dari engkau.

Jadi sayalah yang berdosa? Eh-eh kelirunya!
MUSLIMAH SEJATI

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah,
mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti.Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuan-Nya.
Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana.Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani.
Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang.Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu,
wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan
kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.










WANITA YANG DIKASIHIWanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.
WANITA SOLEHAHWanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan
hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian
untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah.

Saturday, December 6, 2008

Hari raya haji ni aku tak pulang.... malas nak pulang takut kena bebel oleh pakcik aku... Tapi aku nak juga merasa beraya sebagai perantau, mesti pengalaman yang baru bg aku.. Hehehe.. result dah kuar, syukur lah aku dpt melanjutkan pengajian ku... Hari ni aku di cc sedang menaip apa yang berlaku kpd ku... Rasa2nya dpt ka aku masuk uum, aku nak sangat masuk sana tapi x tau dpat @ x bab dy nak tgk result juga... huhuhu... Aku nak berjaya klu boleh dunia dan akhirat, aku skang tengah try nak menuju ke arah ke sana.. Insyallah... Wah nnti time krismas aku malas nak pulang, tapi mak aku suruh juga pulang, so aku pulang ja lah... hehehe...