Friday, December 26, 2008

DISEBALIK APRIL FOOL

Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya 'pandang kebaratan' menjadi begitu sibuk sekali.
Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa
untuk dipermain-mainkan.
Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka
ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.

Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa
mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari,
kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.
Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca
tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1 April ini.
Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan
“Aku ceraikan kau dengan talak 3”
pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila
si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan “April Fool!”.
Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila
diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool Day ini, adalah
dipercayai bahawa perayaan tersebut mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol,
kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung
di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh
berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama
barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan
kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk
melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan
membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun
bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa
ini turut meraikan April Fool Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

No comments: