1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,
" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.
Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.
Aku cuba merendah diri melihat kebaikan dan keburukan orang lain kerana aku tahu aku juga seperti mereka yang ada kelebihan dan keburukan...Itu adalah kerana kami semua manusia yang tidak sempurna... Baca lah apa yang ada di dalam blog ini dengan prasangka yang baik..Menasihati dengan penuh hikmah dan kasih sayang...Contohi Rasululllah S.A.W
Tuesday, April 28, 2009
Sunday, December 28, 2008
Malaikat
Malaikat di rumahmu Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?
Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."
Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?
"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."
Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI SAPU TANGAN KECIL
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi TV3
(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood:-
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada
fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun.
INSYALLAH"

Rithah Al- Hamqa
Di antara rumah-rumah penduduk Makkah, terdapat sebuah rumah di kawasan Bani Makhzum. Salah seorang penghuninya adalah seorang gadis. Ia dilahirkan dan membesar di Makkah. Gadis itu bernama Rithah Al-Hamqa.
Setelah usianya mencecah remaja, hatinya mula terbuka untuk menjalani kehidupan seperti lazimnya para wanita, iaitu mempunyai suami dan anak-anak. Dia sering melamun dan mengkhayalkan perkahwinan. Ia tidak ingin menjadi anak dara tua.
“Ah, betapa bahagianya... Orang akan beramai-ramai menghantarkan aku menuju rumah calon suamiku...,” begitulah yang kerap terlintas dalam lamunannya.
Dengan tidak sabar Rithah menanti hari yang dibayangkannya penuh keindahan dan kenikmatan itu. Di saat fikirannya penuh dengan segala khayalan dan lamunan, ayahnya yang bernama Umar membangkitkan harapan yang hampir hilang dari hatinya.
Kata ayahnya:
“Rithah, puteriku... aku akan mengunjungi berhala-berhala kita. Akan kuberikan dirham yang banyak kepada pengawalnya, dan akan kulumuri kedua kakinya dengan darah kambing yang gemuk, agar dia menjadi senang kepadamu, kemudian mengirimkan dua orang pemuda yang terhormat kepada kita untuk meminangmu.”
Kata-kata itu membangkitkan harapan baru dalam hati Rithah. Hari demi hari pun berlalu.
Selama itu pula Rithah selalu berdiri di depan cermin memandang dirinya sambil terus bertanya-tanya:
“Mengapakah sampai hari ini tidak seorang pun datang meminangku? Mengapa? Padahal, ayahku, mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di tengah kaumnya, Bani Makhzum. Sedang aku sendiri... inilah wajahku, di sebalik kaca... Mengapa para pemuda tidak tergerak untuk mengahwiniku? Apakah aku kurang cantik?”
Soalan-solan itu selalu menghantui fikirannya. Hanya air mata yang mengalir dari kedua matanya, yang meringankan kesedihan dan beban yang dirasakannya.
Di saat bulan purnama
Tiba-tiba terdengar suara langkah yang berjalan mendekati biliknya. Dia segera mengusap air matanya. Orang yang datang itu ternyata ibunya sendiri. Selama ini pertemuannya dengan sang ibu sering kali justeru menambah kesedihan dan duka dalam hatinya. Ibunya mendekati Rithah. Dia menghulurkan tangan memeluk leher puterinya kemudian mendakapkannya ke atas pangkuan seraya berkata:
“ Tenanglah engkau, hai puteriku... seorang ahli nujum dari Thaif telah memberitahukan kepadaku bahawa kamu akan dibawa ke rumah pengantin pada saat bulan purnama.”
Rithah tersenyum. Di wajahnya terlukis harapan dan kegembiraan sekaligus, dan dia bertanya, “Benarkah apa yang ibu katakan itu?”
Ibunya menjawab, “Demi Tuhan, aku tidak memberitahukan kepadamu melainkan yang sebenarnya.”
Rithah menarik nafas, kemudian berkata, “Tetapi ibu tidak pergi bersamaku ke Thaif agar aku dapat bertemu dengan ahli nujum itu. Jangan-jangan ibu hanya bermaksud membangkitkan harapan dalam hatiku...”
Sambil mengusap wajah puterinya, sang ibu menjawab dengan meyakinkan agar puterinya merasa tenang dan percaya, “Aku telah menemuinya kelmarin di biaranya. Beberapa orang telah memikulnya untuk melakukan tawaf di Kaabah. Ketika selesai, dia merasa sangat haus, lalu pergi ke sumur zamzam untuk minum.
Ketika itulah aku cepat-cepat menyelipkan sekerat emas ke tangannya. Kutanyakan kepadanya tentang perkahwinanmu. Setelah mendongak ke langit dan mengamati bulan, dengan suaranya yang lemah ahli nujum itu berkata, “Perkahwinan akan terjadi di saat bulan purnama seperti ini!”
Belum selesai si ibu bercerita, wajah Rithah sudah berseri-seri penuh kebahagiaan. “Tuhan telah rela kepadaku. Tuhan akan mengirimkan orang yang akan mengahwiniku,” katanya dalam hati. Rithah berputar-putar dalam biliknya, menari penuh kegembiraan, sementara ibunya hairan melihat perbuatan puterinya itu. Tak lama, Rithah berhenti kemudian berkata, “Terima kasih, Tuhan, terima kasih...”
Tetapi, tepat disaat Rithah selesai mengucapkan terima kasihnya kepada Tuhan, dia mendengar ayahnya berkata, “Apakah yang terjadi, Rithah?”
Melihat itu ibunya cepat-cepat menuju ke pintu bilik dan berkata, “Rithah akan diiringkan ke rumah suaminya beberapa hari lagi!”
Kedua mata Umar merah dan kemarahan nampak jelas di wajahnya. Baginya, ucapan isterinya itu justeru merupakan serangan yang menyakitkan.
“Bagaimana mungkin Rithah akan diiringkan beberapa hari lagi tanpa dipinang dulu dariku?” katanya dengan nada keras.
Isterinya menjawab, “Tak apa-apa, wahai Umar!”
Mendengar jawapan itu, tiba-tiba Umar menampar isterinya hingga jatuh ke lantai. Melihat ibunya terjatuh, Rithah merasa seperti disambar petir yang menggelegar. Dia mendekati ibunya sambil menjerit, “Ibu, ibu...”
Masih dalam keadaan duduk sambil menahan rasa sakit, sang isteri berkata kepada suaminya, ”Apa yang engkau anggap salah itu, pada pendapatku, benar.”
Mendengar itu, semakin bertambahlah kemarahan Umar. Dia berkata, “Aku mengerti apa yang kamu katakan kepadanya. Kamu bermaksud membeli seorang suami untuk puteriku tanpa bermesyuarat denganku!”
Ucapan ayahnya itu menghunjam hati Rithah. Dia merasa seakan-akan hatinya ditusuk dengan sebuah pisau yang tajam. Hatinya resah, seolah-olah kehidupan telah tercabut dari dirinya. Di pihak lain, mendengar ucapan suaminya, dan melihat diri puterinya yang cemas, sang ibu menjadi bertambah bingung, tapi kemudian dia berkata, ”Suamiku, sesungguhnya apa yang aku katakan kepadamu sesuai dengan apa yang dikatakan kepadaku oleh seorang ahli nujum dari Thaif.”
Umar menarik nafasnya dalam-dalam dan berjalan ke arah puterinya yang tertekan perasaan sedih. Dia memeluk puterinya, dan berkata, “Tidak! Aku tidak percaya hal itu akan terjadi. Tidak, tidak!”
“Percayalah, hai anakku, ahli nujum Thaif itu tidak berdusta dan tidak mungkin salah!” ujar ibunya.
Demikianlah kedua orang tua itu bersahut-sahutan, hingga sedikit demi sedikit jiwanya yang sedang goncang dan bingung itu beransur tenang kembali.

TIGA PERTANYAAN???
Ada seorang pemuda yang telah lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan
orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah mampu menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya
saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai: Saya akan mencuba mengikut kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda(sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai: Itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan kesakitan.
Kiyai: Jadi, anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai: Tunjukan pada saya kewujudan sakit itu!
Pemuda: Saya tidak boleh.
Kiyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima
sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga daripada api,
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang mereka.
Disediakan oleh M_M
PRAY HARD, STUDY SMART AND HARD TOO
PERSATUAN AGAMA ISLAM SMSLD
Keluaran bulan.........................................

Friday, December 26, 2008
TERTAWA DI DUNIA, MENANGIS DI AKHIRAT
Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati.” Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya bergelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadis, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?
Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa
suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.
Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat digambarkankan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan
tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat
azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan
keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan
diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. "Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur.”
Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Kita sedia maklum, kuburlah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh
yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka.
Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi
dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah
(Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh “...jauhnya perjalanan...sedikitnya bekalan...” Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan
masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil
dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam hadis lain, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Barangsiapa banyak ketawa, nescaya meringankan oleh api neraka."
Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.
Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi
hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. Para sahabat pernah berkata:
"Ketawa segala nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Subscribe to:
Posts (Atom)